Terma dan Syarat

Terma dan syarat Nur Homestay Tanjung Malim:

A)   Syarat Am:
  1. Tempahan homestay ini hanya untuk Muslim sahaja.
  2. Penyewaan adalah untuk sebuah rumah.
  3. Waktu check-in : 2.00 ptg dan waktu check-out : 12.00 tgh.
  4. Bayaran penuh dibuat secara tunai pada masa check-in.
  5. Menghormati kawasan kejiranan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sehingga mengganggu jiran-jiran (terutama waktu larut malam).
  6. Menggunakan perabot, peralatan dan kemudahan lain yang disediakan dengan baik.
  7. Menggunakan kemudahan elektrik dan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran.
  8. Tutup suiz lampu, kipas dan lain-lain peralatan elektrik apabila tidak digunakan atau ketika keluar rumah.
  9. Menjaga kebersihan.
  10. Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan masuk ke dalam rumah.
  11. Dilarang merokok di dalam bilik tidur.
B)   Mematuhi Syara':
  1. Tidak dibenarkan percampuran lelaki dan perempuan yang tiada hubungan keluarga atau mahram untuk menyewa atau dalam tempoh sewaan.
  2. Jika berkumpulan (bukan keluarga) mestilah sama gender iaitu sama ada lelaki sahaja atau perempuan sahaja.
  3. Makanan dan minuman yang halal sahaja. Tidak dibenarkan alkohol, dadah dan sebagainya.
  4. Aktiviti-aktiviti tidak sihat yang menyalahi Islam dan perundangan sedia ada adalah tidak dibenarkan.
  5. Syarat B(1), B(2), B(3), dan B(4) adalah wajib dipatuhi untuk menyewa, dan pemilik rumah berhak untuk membatalkan penyewaan serta merta jika didapati ada pelanggaran mana-mana terma dan syarat yang ditetapkan.
  6. Jika didapati ada keraguan, pemilik rumah berhak meminta pengemukaan kad pengenalan, surat nikah atau apa-apa bukti lain yang diperlukan untuk pengesahan.